Pemerhatian: Bentuk guli tetap sama. Guli tidak mengambil bentuk bekasnya.
Kesimpulannya, pepejal mempunyai bentuk yang tetap. Bentuk pepejal tetap sama jika diletakkan di dalam bekas yang berbeza. Pepejal tidak mengambil bentuk bekasnya.
Daripada aktiviti dan pemerhatian yang telah dijalankan, sifat pepejal adalah:
- Pepejal mempunyai jisim.
- Pepejal mempunyai isi padu yang tetap dan memenuhi ruang.
- Pepejal mempunyai bentuk yang tetap.
