Air membeku menjadi ketulan ais apabila disejukkan dan kehilangan haba.

Apabila ais berada di suhu bilik, ais menerima haba dan melebur menjadi air.

Air di dalam piring juga menyejat dan berubah menjadi wap air.

Apabila air dipanaskan sehingga mendidih, air akan menjadi stim/wap air kerana menerima haba.

Stim/wap air terkondensasi lalu berubah menjadi cecair apabila berada di persekitaran yang sejuk kerana kehilangan haba.

Perubahan keadaan jirim berlaku apabila jirim menerima atau kehilangan haba, bergantung kepada suhu persekitaran.