Air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.
Ketulan ais dan ais krim adalah air dalam bentuk pepejal seperti salji dan aisberg di Kutub Utara serta Kutub Selatan.
Air juga boleh berada dalam keadaan cecair seperti air minuman, air paip, air kolam, tasik, sungai dan air laut.
Stim dihasilkan oleh air yang mendidih iaitu air dalam bentuk gas.
Air di jalan raya boleh kering kerana air berubah menjadi wap air iaitu air dalam bentuk gas.
